Troubleshooting Bagaimana untuk menyelesaikan masalah sistem Astro di rumah anda? Selalunya masalah teknikal Astro yang berlaku di rumah anda merupakan masalah yang kecil. Sekecil-kecil masalah yang pernah saya selesaikan ialah pelanggan di rumah tidak membuka (switch off) plug decoder.
ED#146: How To Update The Firmware Of Your Astro Byond Decoder. I recently signed up for a new Astro Byond subscription for my new house. When they installed the dish and decoder, I noticed that the decoder they gave me was manufactured way back in 2010. That makes it older than my 'old' Astro Byond decoder. Free byond software update download software at UpdateStar - BYOND is a program suite that can play games, create games, and host multiplayer servers for players to join. Free Able Games For Pc Pacman.
Bayangkan, anda terpaksa membayar RM50 untuk mengupah juruteknik membuka (switch on) decoder anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal sistem Astro lakukanlah perkara berikut sebelum menghubungi talian khidmat pelanggan Astro. Kenal pasti ‘error message’ yang terpapar di skrin TV anda. Antara error yang sering berlaku ialah: a. Service Currently Not Available (SCNA) i. Ralat SCNA terbahagi kepada 2 keadaan. Keadaan 1 • Terdapat symbol empat segi berwarna kuning di penjuru atas sebelah kanan screen TV: Ralat ini bermakna decoder anda tidak menerima sebarang signal dari satellite.
Tekan Menu – Satellite Signal. Anda akan dapati signal strange kosong (BER 2) BER ialah Bit Error Rate. Punca masalah: • Kemungkinan anda pernah ‘menyentuh/mengubah’ kedudukan dish (piring) Astro. • Mungkin berlaku angin kencang yang mengubah kedudukan asal dish. • Kemungkinan terkena panahan petir yang merosakkan LNB. LNB ialah alat yang digunakan untuk menerima signal dari satellite yang dipasang di hujung dish. • Kemungkinan LNB terlalu using (7/8 tahun) dan tidak mampu untuk berfungsi secara optimum.
• Kemungkinan panahan petir atau sumber elektrik yang tidak stabil telah merosakkan receiver di dalam decoder. • Kemungkinan kabel terputus. • Kemungkinan sambungan antara kabel dengan decoder longgar/tercabut. • Sekiranya anda pernah membuka (unplug) pin pada hujung kabel, kemungkinan terjadi litar pintas di dalam cable.
Penyelesaian: • Tukar decoder anda sementara dengan decoder kawan/saudara mara anda. Sekiranya decoder yang anda pinjam berfungsi dengan baik, ini bermakna decoder anda telah rosak (kemungkinan terkena kilat yang merosakkan receiver di dalam decoder). Tetapi sekiranya SCNA masih berlaku sila ikuti langkah seterusnya: • Periksa hujung cable. Sekiranya anda pernah membuka/mengusik sambungan cable di belakang decoder, dicadangkan anda membuat sambungan baru dengan memotong hujung cable tersebut dan buat potongan seperti gambar di bawah: • Pasangkan hujung cable tersebut dengan pin yang asal dipasang dengan kemas. • Sekiranya anda yakin sambungan antara cable dengan decoder baik, periksa pula keadaan fizikal keseluruhan cable Astro.